Saturday, September 6, 2008

PERLEMBAGAAN PEKIDA MALAYSIA

Perlembagaan

PERLEMBAGAAN PEKIDA MALAYSIA
PERLEMBAGAAN BARUPERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN DAKWAHISLAMIAH MALAYSIA(PEKIDA MALAYSIA)

FASAL 11. PERTUBUHAN 1.1 NAMA:Pertubuhan ini bernama PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA atau PEKIDA MALAYSIA.1.2

IBU PEJABAT:Alamat tempat urusan Pertubuhan ini ialah No. 5 A,
Jalan Pasar, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Alamat tempat urusan tidak boleh tanpa mendapat kebenaran dari Pendaftaran Pertubuhan terlebih dahulu. 1.3

LOGO:Logo PEKIDA MALAYSIA berbentuka) Buku/Kitab
menggambarkan ilmu, iman dan taqwa.
b) Obor menggambarkan memberi penerangan dan menyampaikan ilmu
pengetahuan serta kemahiran hidup.
c) Tangan berjabat salam melambangkan persahabatan, persaudaraan dan
silaturrahim diantara satu dengan lain.
d) Warna hijau melambangkan agama Islame) Warna kuning melambangkan
kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja-Raja Melayu.
E) Warna merah melambangkan keberanian, keperwiraan dan kecekalan dalam merealisasikan matlamat perjuangan.

1.4 BENDERA: Bendera PEKIDA MALAYSIA
ialah:a) Warna Hijau diatasb) Warna Kuning ditengahc) Warna Merah dibawahd) Logo PEKIDA MALAYSIA ditengah -tengah warna kuning.
1.5 PENAUNG/ PENASIHATMajlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA akan melantik seorang penaung diperingkat pusat dan seorang penasihat kehormat di peringkat pusat dan negeri.Manakala pengerusi ayahanda akan menjadi penasihat pusat dan negeri yang akan dibentuk sebagai sebuah Badan Penasihat PEKIDA MALAYSIA yang
akan menjalankan tugas sebagai penasihat di semua peringkat.
1.6 BAHASA RASMI: Bahasa rasmi PEKIDA MALAYSIA ialah Bahasa Melayu.

FASAL 2

TUJUAN/ MATLAMAT:
2.1 Menegak dan memperjuangkan syiar Islam sesuai dengan ajaran Al-Quran dan
Hadis.2.2 Mengujudkan taat setia yang kukuh dan tidak berbelah bahagi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertua Agong, Sultan-Sultan, Dan Raja-Raja Melayu.Kerajaan dan Pemerintah dan mematuhi Perlembagaan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

2.3 Mengujudkan sumber kewangan masyarakat Islam dan menubuhkan Yayasan serta
menggalakan ahli untuk bekerjasama memberi bantuan dan sokongan bagi meningkat dan meninggikan taraf kehidupan umat Islam di segala bidang serta mengadakan atau menebus harta, bangunan, dan lain-lain harta

2.4 Menganjurkan
kerja dan usaha amal kebajikan untuk faedah ahli-ahli.

2.5 Mempertahankan Negara dari ancaman musuh dan anasir
jahat, komunis, dan golongan anti Islam.

2.6 Mendirikan institusi pendidikan dan menjadikan bidang pendidikan sebagai
tugas penting dan utama yang perlu dilaksanakan untuk ahli, anak-anak mereka dan masyarakat umum.

FASAL 3 3.

AHLI-AHLI:
3.1 KEAHLIAN PEKIDA MALAYSIA:Keahlian terbuka kepada semua orang Melayu yang beragama Islam dan Warganegara Malaysia yang taat dan patuh kepada ajaran-ajaran Islam.
3.2 JENIS AHLI:Ahli PEKIDA MALAYSIA ter bahagi kepada (2) kategori:a)
a) Ahli Biasa b) Ahli Seumur Hidup.
3.3 SYARAT-SYARAT MENJADI AHLI:a)
Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada lapan belas ( 18 ) tahun.
c) Mengaku untuk menurut sepenuhnya syarat-syarat menjadi ahli, sanggup menerima dan mematuhi Perlembagaan dan dasar-dasar rasmi PEKIDA MALAYSIA.
3.4 TANGGUNGJAWAB, SYARAT DAN HAK AHLI:
a) Setiap Ahli mestilah: i. Membayar wang
pendaftaran mengikut bab
6.1(a) dan Yuran Tahunan mengikut bab 6.1(b).
ii. Wajib taat dan patuh kepada Perlembagaan PEKIDA MALAYSIA.
iii. Menjalankan semua arahan majlis Tertinggi dan patuh kepada segala keputusan
yang telah dicapai dan diarah.
iv. Berusaha memajukan dan menjayakan segala projek, rancangan dan kegiatan PEKIDA
MALAYSIA. v. Berusaha menyatu padukan ahli-ahli PEKIDA MALAYSIA bangsa Melayu dan Warganegara keseluruhannya.
vi. Mengadakan dan mempertingkatkan daya usaha bagi menambah, mengembang, memperkukuh, dan mempertahankan ahli dan nama baik PEKIDA MALAYSIA.
b) Tiap-tiap Ahli mempunyai hak seperti berikut:
i. Berhak
bercakap dan bersuara, mengemukakan pendapat dan mengundi dalam mesyuarat-mesyuarat PEKIDA MALAYSIA.
ii.
Berhak untuk memilih dan dipilih untuk sebarang jawatan dalam PEKIDA MALAYSIA.
iii. Berhak mendapat pertolongan, bantuan dan lain-lain faedah sebagai ahli

3.5 PERMOHONAN MENJADI AHLI:Permohonan untuk menjadi ahli hendaklah
dibuat didalam satu borang khas dan mestilah dicadangkan dan disokong oleh ahli lama yang telah menjadi ahli lebih daripada setahun.Permohonan mestilah dihantar kepada Majlis Tertinggi melalui Pengerusi Daerah.

3.6 PENERIMAAN MENJADI AHLI:a) Setiausaha Daerah hendaklah mengemukakan permintaan dan Permohonan di Mesyuarat
Jawatankuasa Daerah dengan seberapa segera untuk mendapat persetujuan Jawatankuasa, seterusnya mengemukan permohonan untuk mendapat kelulusan Majlis Tertinggi.c) Majlis Tertinggi hendaklah menimbang segala permintaan
menjadi ahli dan memutuskan sama ada menerima, menolak atau menangguhkan permohonan. Majlis Tertinggi mempunyai hak untuk menolak sebarang permohonan tanpa perlu memberikan sebab keputusan tersebut.
3.7 LUCUT MENJADI AHLI:
a) Sekiranya ahli dengan sengaja melanggar Perlembagaan PEKIDA MALAYSIA. Keahlian adalah gugur dengan sendirinya dan Majlis Tertinggi berhak dan akan menghantar surat pemecatan rasmi sebagai ahli kepadanya.
b) Ahli yang didapati gila atau fikiran tidak siuman atau seumpamanya. c) Gagal menjelaskan yuran tahunan selepas diberi notis selama tiga Bulan. d) Menarik diri.
3.8 RAYUAN BAGI AHLI YANG DIPECAT:
a) Ahli yang telah dipecat boleh membuat rayuan kepada Majlis Tertinggi dengan mengemukakan permohonan melalui pengerusi daerah dan disokong oleh pengerusi negeri.
b) Bagi seorang ahli yang telah dipecat, kelayakan untuk memohon kembali menjadi ahli tempoh
edahnya ialah selama satu (1) tahun.
FASAL 4 4. SUSUNAN ORGANISASI
4.1 BENTUK SUSUNAN:
a) Pusat :
Perhimpunan Agong b) Negeri : Ahli Majlis Perhubungan Negeri dilantik oleh Presiden dengan mendapat persetujuan
Ahli Majlis Tertnggi (AMT) c) Daerah : Ahli jawatankuasa Daerah dipilih oleh mesyuarat Agong Daerah.
4.2 TATA PERTUBUHAN MAJLIS/ JAWATANKUASA:
a) Pusat : Mengandungi Ahli Majlis Tertinggi yang dipilih
dalam perhimpunan Agong.Tertakluk bab 4.4.
b) Negeri : Mengandungi Pengerusi dan timbalan Pengerusi yang
dilantik oleh Presiden.Tertakluk bab 4.13. c) Daerah :
i. Dipersetujui dan diluluskan oleh Majlis Tertinggi.
ii. Terletak dalam sebuah daerah pentadbiran kerajaan.
iii. Mempunyai sekurang-kurangnya 150 orang ahli berdaftar.
iv. Tertakluk kepada bab 4.19. 4.3 MAJLIS TERTINGGI (MT):Majlis Tertinggi (MT) menjadi badan tertinggi yang berkuasa menjalankan segala urusan pentadbiran dan hal-ehwal PEKIDA dibawah kuasa dan perintah perhimpunan Agong.MT berkuasa penuh menjalankan sebarang langkah bagi pihak Perhimpunan Agong pada masa ketiadaannya, tetapi segala
langkah dan tindakan tersebut mestilah dimaklumkan kepada Perhimpunan Agong.

4.4 MAJLIS TERTINGGI HENDAKLAH MENGANDUNGI:
a) Presidenb) Timbalanc) Tiga (3) orang Naib Presidend) Setiausaha Agonge) Penolong
Setiausaha Agongf) Bendahari Agongg) Ketua Peneranganh) Tidak lebih daripada dua puluh tiga (23) orang yang dipilih oleh Perhimpunan Agong.i) Tidak lebih daripada tujuh (7) orang yang dilantik oleh Presiden.
4.5 Setiausaha Agong, Penolong Setiausaha Agong, Bendahari Agong Ketua Penerangan dan tujuh (7) orang ahli Majlis Tertinggi hendaklah
dilantik oleh Presiden dan akan memegang jawatan mereka selama tiga (3) tahun kecuali diperbaharui atau mereka meminta berhenti ataupun diberhentikan.
4.6 TUGAS AHLI MAJLIS TERTINGGI IALAH:
a) Presiden:
i. Bertanggungjawab penuh terhadap pengurusan dan kesempurnaan perjalanan PEKIDA.
ii. Melantik Pengerusi dan Timbalan Pengerusi
PEKIDA Negeri dan Daerah.
iii. Memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi. iv. Menandatangani cek
bersama dengan Setiausaha Agong atau Bendahari bagi semua akaun simpanan atas nama PEKIDA.
b) Timbalan
Presiden: i. Membantu tugas-tugas Presiden.
ii. Bertanggungjawab sebagai Pemangku Presiden dan tanggungannya sewaktu ketiadaan Presiden.
iii. Mempengerusikan Mesyuarat Majlis tertinggi sewaktu ketiadaan Presiden.
c) Naib Presiden: i. Membantu tugas-tugas Presiden dan Timbalan Presiden
ii. Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi sewaktu ketiadaan Presiden dan Timbalan Presiden.
iii. Bertanggungjawab sebagai Pemangku Presiden dan
tanggungannya apabila ketiadaan Presiden dan Timbalan Presiden.
d) Setiausaha Agong:
i. Bertanggungjawab secara langsung kepada Presiden.
ii. Boleh dilantik sebagai Pengurus Operasi PEKIDA.Bertanggungjawab sepenuhnya bagi
mentadbir perjalanan dan operasi PEKIDA.
iii. Bertanggungjawab melapurkan kepada Presiden segala tindakan dan
perjalanan PEKIDA MALAYSIA. iv. Menyediakan Penyata Tahunan, menerangkan aktiviti PEKIDA MALAYSIA dalam
masa setahun ke setahun kepada Majlis Tertinggi. v. Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat Majlis Tertinggi
dan Perhimpunan Agong.
vi. Berhak menubuhkan Sekretariat dan memilih pegawai-pegawai dengan persetujuan Majlis
Tertinggi. e) Penolong Setiausaha Agong i. Membantu tugas-tugas Setiausaha Agong. ii. Menjalankan segala tugas
Setiausaha Agong sewaktu ketiadaan beliau. f) Bendahari Agong: i. Bertanggungjawab dan
‘accountable’atas kesempunaan perjalanan kewangan PEKIDA MALAYSIA. ii. Bertanggungjawab
menyediakan Penyata Kewangan untuk diperiksa oleh Jurukira yang dilantik oleh Perhimpunan Agong. iii. Membentang
Penyata Kewangan dan Butir Kira-kira Kewangan yang telah disahkan oleh Presiden dan Setiausaha Agong dalam
sidang majlis Tertinggi. iv. Membentang Penyata Kewangan dan Butir Kira-kira Kewangan yang telah diperiksa oleh
Jurukira dan disahkan oleh Presiden dan Setiausaha Agong. g) Ketua Penerangan: i. Bertanggungjawab bagi mengendali
kegiatan penerangan dan pendakwah. ii. Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Dan Dakwah. iii. Berhak
memilih dan melantik jawatankuasa Penerangan Dan Dakwah dengan persetujuan Majlis Tertinggi.iv. Melapurkan
kepada Majlis Tertinggi kedudukan dan kegiatan penerangan dan dakwah dan lain-lain hal yang berkaitan dengannya.
4.7 a) i. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa Pusat dan mesyuarat tidak dapat
diadakan, maka bolehlah Setiausaha Agung mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Pusat secara pengedaran surat
pekeliling.Syarat--syarat mengenainya seperti berikut hendaklah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa
Pusat boleh dianggap sebagai telah diterima: ii. Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di
dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa Pusat; iii. Sekurang-kurangnya setengah
daripada bilangan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap
cadangan itu dan. iv. Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang diperolehi melalui
surat pekeIiIing hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha Agung kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pusat berikutnya untuk
disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat. b) i. Ahli Jawatankuasa Pusat yang mungkir menghadiri
Mesyuarat Jawatankuasa Pusat tiga (3) kali berturut-turut tanpa alasan bertulis yang memuaskan akan disifatkan sebagai
telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa Pusat. ii. Jika seorang ahli Jawatankuasa Pusat meninggal dunia atau
meletakkan jawatan, calon kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk
memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah
Jawatankuasa Pusat melantik ahli Pertubuhan yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agong
Tahunan diadakan. 4.8 Jika Presiden berhenti atau meletak jawatan atas apa sebab sekalipun, maka Timbalan Presiden
hendaklah memangku jawatan itu sehingga berkaitan dengannya.4.9 Tertakluk kepada bab 4.5 seorang ahli Majlis
Tertinggi boleh meminta berhenti daripada jawatannya dan jika diterima, Majlis Tertinggi berkuasa melantik
penggantinya. 4.10 Jika Presiden dan Timbalannya berhenti dengan apa sebab sekalipun daripada jawatan mereka, Naib
Presiden hendaklah memangku jawatan Presiden sehingga seorang Presiden baru dipilih mengikut bab 4.4.4.11 Jika
dua pertiga (2/3) daripada Ahli Majlis Tertinggi berhenti dengan Serentak, maka majlis itu dianggap telah terbubar
dengan sendirinya dan ahli-ahli yang tinggal hendaklah dalam tempoh tidak lebih daripada tiga puluh (30) hari daripada
tarikh perletakkan jawatan beramai-ramai itu mengadakan Persidangan Agong Khas untuk menubuhkan semula
Majlis Tertinggi. 4.12 TANGGUNGJAWAB DAN KUASA MAJLIS TERTINGGI (MT):a) Menubuhkan Jawatankuasa Negeri
dan Daerah serta menentukan aktiviti menurut Perlembagaan PEKIDA MALAYSIA.b) Merangka tatacara untuk
memberhentikan mana-mana Ahli Majlis tertinggi termasuk yang dipilih melainkan Presiden dengan persetujuan sekurang-
kurangnya dua pertiga (2/3) daripada jumlah ahli.Jika tindakan mereka didapati bertentangan dengan dasar PEKIDA
MALAYSIA atau mereka telah tidak menjalankan kewajipan masing-masing dengan cekap dan sempurna dan
Presiden berkuasa melantik penganti mereka yang diberhentikan.c) Mengarahkan diadakan Mesyuarat Agong Daerah
dan Mesyuarat Perwakilan Negeri.d) Menyelesaikan permasalahan dan perselisihan yang berbangkit diperingkat Negeri
dan Daerah.e) Menjalankan kehendak perlembagaan serta disiplin PEKIDA MALAYSIA dan berkuasa menggantung dan
melucutkan keahlian mana-mana ahli.f) Menggantung atau membubarkan Jawatankuasa Daerah.g) Menetapkan yuran
daerah bagi kelayakan menghantar wakil ke perhimpunan Agong.h) Menerima dan mempersetujui permintaan menjadi
ahli.i) Mengadakan peraturan-peraturan atau syarat-syarat yang tertentu dalam perkara berkaitan permintaan menjadi

ahli.j) Memutuskan rayuan dari seseorang yang telah ditolak menjadi ahli oleh daerah atas permintaan hendak menjadi
ahli biasa.k) Mengarahkan mana-mana Daerah tanpa perlu memberi sebab untuk menerima dan mendaftarkan dalam
daerah tersebut seseorang yang didapati layak untuk menjadi ahli setelah meneliti pendapat daerah yang
berkenaan.l) Memberi kebenaran bertulis kepada seseorang ahli yang telah dipecat atau menarik diri daripada PEKIDA
MALAYSIA yang diterima semula sebagai ahli.m) Menjalankan sebarang pekerjaan atau apa-apa jua langkah
selain daripada perkara-perkara yang tersebut diatas bagi kesempurnaan PEKIDA MALAYSIA.n) Menubuhkan beberapa
jawatankuasa biasa kecil yang difikir perlu dan menetukan pekerjaan masing-masing mengikut perlembagaan
PEKIDA MALAYSIA.o) Melantik Firma akauntan Bertauliah bagi mengurus dan menyelia akaun Pertubuhan jika difikirkan
perlu. 4.13 TANGGUNGJAWAB MAJLIS JAWATANKUASA PUSATJawatankuasa Pusat boleh memberi perintah
kepada Setiausaha Agung dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan--urusan Pertubuhan. Ia boleh
menggantung atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang,
tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa Pusat atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh
merosakkan kepentingan Pertubuhan. 4.14 MAJLIS JAWATANKUASA NEGERI.Majlis Jawatankuasa Negeri menjadi
badan yang menjalankan pentadbiran hal-ehwal PEKIDA Negeri dengan mengikut arahan daripada Majlis Tertnggi di
peringkat Pusat.Sebarang langkah yang hendak diambil mestilah mendapat persetujuan Majlis Tertinggi dan dilaporkan
kepada Majlis Tertinggi untuk makluman dan tindakan. 4.15 MAJLIS JAWATANKUASA NEGERI MENGANDUNGI: a)
Pengerusi b) Timbalan Pengerusi c) Setiausaha d) Bendahari e) Ketua Penerangan f) Ketua-ketua atau Pengerusi
daerah sebagai Ahli Majlis Jawatankuasa Negeri. g) Tidak lebih daripada lima (5) orang yang dilantik oleh Pengerusi
Negeri. h) Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan dilantik oleh Pengerusi Negeri. 4.16 TUGAS MAJLIS
JAWATANKUASA PERHUBUNGAN NEGERI:a) Pengerusi:i. Menjadi Pengerusi Negeri, PEKIDA MALAYSIA dan
bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan PEKIDA Negeri.ii. Memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat Majlis
Jawatankuasa Negeri.iii. Menandatangani cek bersama Setiausaha atau Bendahari bagi akaun semasa atas nama
PEKIDA Negeri. b) Timbalan Pengerusi: i. Membantu tugas-tugas Pengerusiii. Mengganti dan menjalankan tugas
Pengerusi termasuk mempengerusikan Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Negeri sewaktu ketiadaan Pengerusi. c)
Setiausaha: i. Bertanggungjawab secara langsung kepada pengerusi. ii. Bertanggungjawab bagi mentadbir perjalanan
PEKIDA Negeri.iii. Bertanggungjawab bagi melapurkan kepada Pengerusi segala tindakan dan perjalanan PEKIDA
Negeri.iv. Menyediakan Penyata Tahunan menerangkan aktiviti PEKIDA Negeri dalam masa setahun ke setahun kepada
Majlis Jawatankuasa Negeri. v. Bertanggungjawab atas kesempurnaan sidang-sidang Majlis Jawatankuasa Negeri.vi.
Berhak menubuhkan sektariat dan memilih pegawai-pegawai yangdipersetujuai oleh Majlis Jawatankuasa Negeri. d)
Bendahari: i. Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan PEKIDA Negeri. ii. Bertanggungjawab
menyediakan penyata kira-kira untuk Negeri.iii. Membentangkan kenyataan dan butir-butir yang telah disahkan oleh
Pengerusi dan Setiausaha dalam sidang Majlis Jawatankuasa Negeri. e) Ketua Penerangan: i. Bertanggungjawab atas
kegiatan penerangan dan dakwah ii. Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Dakwah.iii. Berhak memilih
Jawatankuasa Penerangan dan Dakwah dengan persetujuan Jawatankuasa Negeri.iv. Melapurkan kepada Majlis
Jawatankuasa Negeri kedudukan penerangan, dakwah dan lain-lain hal yang berkaitan dengannya. 4.17 Jika
Pengerusi berhenti dengan apa sebab sekalipun daripada jawatannya, maka Timbalan Pengerusi hendaklah memangku
jawatannya itu hingga seorang Pengerusi baru dipilih mengikut bab 4.13. 4.18 TANGGUNGJAWAB DAN KUASA
MAJLIS JAWATANKUASA NEGERI IALAH:a) Mengiktiraf Penubuhan Daerah dan menentukan tugas-tugas menurut
Perlembagaan PEKlDA MALAYSIA.b) Menjalankan sebarang tugas-tugas atau apa-apa langkah selain daripada perkara-
perkara yang tersebut diatas bagi kesempurnaan PEKlDA Negeri. c) Menubuhkan Biro kebajikan dan khairat antara lain
untuk pengurusan jenazah. 4.19 JAWATANKUASA DAERAH: a) Jawatankuasa Daerah menjadi badan yang
menjalankan Pentadbiran hak-ehwal PEKlDA Daerah dibawah.b) Kekuasaan dan perintah Majlis Tertinggi melalui Majlis
Jawatankuasa Negeri dan menjalankan penguatkuasaan bagi pihak Majlis Tertinggi.c) Daerah perlu menubuhkan Biro
kebajikan dan khairat untuk kepentingan ahli antara lain untuk pengurusan Jenazah. 4.20 JAWATANKUASA DAERAH
HENDAKLAH MENGANDUNGI: a) Pengerusi b) Timbalan Pengerusi c) Setiausaha d) Bendahari e) Ketua Peneranganf)
Tidak lebih daripada 15 orang Jawatankuasa yang dipilih atau di sahkan oleh Mesyuarat Agong Daerah. g) Tidak lebih
daripada 3 orang Jawatankuasa yang dilantik oleh Pengerusi.h) Bagi memudahkan pentadbiran pihak Daerah boleh
menubuhkan Jawatankuasa kecil bagi kawasan yang difikirkan perIu. 4.21 Pengerusi, dan Timbalan Pengerusi dipilih
didalam mesyuarat Agong Daerah pada tiap-tiap tiga (3) tahun sekali dan mereka akan, memegang jawatan itu selama
tiga (3) tahun. 4.22 Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan tiga (3) orang Jawatankuasa dilantik oleh
Pengerusi.Daerah dengan persetujuan Jawatankuasa dan akan memegang jawatan selama tiga (3) tahun kecuali
mereka berhenti atau diberhentikan. 4.23 TUGAS JAWATANKUASA DAERAH IALAH: a) Pengerusi: i) Menjadi Pengerusi
PEKIDA Daerah dan.bertanggangjawab atas kesempumaan pentadbiran Daerah.ii) Memanggil dan mempengerusikan
mesyuarat Jawatankuasa Daerah.iii) Menandatangani cek bersama Bendahari atau Setiausaha bagi akaun simpanan
atas nama PEKIDA Daerah. b) Timbalan Pengerusi: i) Membantu tugas-tugas Ketua. ii) Bertanggungjawab sebagai
ketua dan tanggungannya ketika ketiadaan ketua. iii) Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Daerah apabila
Pengerusi tidak hadir. c) Setiausaha: i) Bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua.ii) Bertanggungjawab bagi
mentadbir perjalanan PEKIDA Daerah iii) Bertanggungjawab melapor kepada pengerusi segala tindakan dan perjalanan
PEKIDA Daerah. iv) Menyediakan Laporan Tahunan menerangkan aktiviti PEKIDA, Daerah kepada Persidangan
Perwakilan Daerah. d) Bendahari:i) Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan PEKIDA Daerah. ii)
Bertanggungjawab menyediakan Penyata kira-kira untuk diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantik oleh
Perwakilan Daerah. iii) Membentangkan kenyataan dan butir kira-kira dalam Mesyuarat Jawatankuasa Daerah. iv)
Menandatangani cek bersama Pengerusi atau Setiausaha bagi akaun simpanan PEKIDA Daerah. e) Ketua
Penerangan: i) Bertanggungjawab keatas kegiatan Penerangan Dakwah. ii) Berhak melantik Jawatankuasa Penerangan
dan Dakwah Daerah. iii) Melapur kepada Jawatankuasa Daerah kedudukan penerangan dan Dakwah peringkat Daerah

dan lain kegiatan yang berkaitan dengannya. 4.24 Jika Pengerusi berhenti dengan apa-apa sebab sekalipun daripada
jawatannya, maka Timbalan Pengerusi hendaklah memangku jawatannya itu sehingga Pengerusi baru dilantik mengikut
bab 4.18. 4.25 Seseorang Ahli Jawatankuasa Daerah yang dipilih boleh meminta berhenti daripada jawatannya.
Keputusan menarik diri tersebut tidak boleh diganti semula kecuali Jawatankuasa yang dilantik. 4.26 Jika 2/3 Ahli
Jawatankuasa Daerah berhenti.dengan serentak maka Jawatankuasa dianggap telah dibubar. 4.27 TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA DAERAH: a) Menyediakan lapuran tahunan Daerah, menerangkan aktiviti PEKIDADaerah kepada
Perhimpunan Agong. b) Menjalankan sebarang kegiatan atau apa langkah seliaan daripada perkara -perkara yang
tersebut diatas bagi kesempurnaan PEKIDA Daerah. FASAL 5 5. SUSUNAN MESYUARAT 5.1 SUSUNAN
MESYUARAT PEKIDA MALAYSIA.Susunan mesyuarat PEKIDA MALAYSIA yang dijalankan adalah seperti berikut:a)
Perhimpunan Agong:Perhimpunan Agong hendaklah diadakan tiap-tiap tahun mengandungi:i) Ahli Majlis
Tertinggiii) Pengerusi-Pengerusi Negeri, wakilnya dipersetujuai oleh Majlis Tertinggi.iii) Pengerusi dan sepuluh (10) orang
wakil Daerah untuk seratus lima puluh (150) orang yang menjelaskan yuran dan berikutnya satu (1) wakil daripada
seratus lima puluh (150) orang ahli yang menjelaskan yuran.b) Korum untuk mesyuarat Agong dianggap cukup jika wakil-
wakil yang hadir, tidak kira jumlahnya lebih daripada jumlah wakil bagi setengah (1/2) bilangan Daerah yang layak untuk
menghadiri mesyuarat Agong.c) Jika kuorum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan
untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa
Pusat; dan jika kuorum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang
ditangguhkan itu, maka berkuasalah wakil-wakil yang hadir menjalankan mesyuarat pada hari itu tetapi tidaklah berkuasa
meminda undang-undang Pertubuhan dan membuat keputusan-keputusan mengenai semua ahli. d) MESYUARAT
AGONG DAERAH:Mesyuarat Agong Daerah hendaklah diadakan pada tiap-tiap tahun mengandungi:i) Ahli
Jawatankuasa Daerah.ii) Ahli yang menjelaskan wang pendaftaran dan yuran tahunan sebagaimana Bab 6.1 a, b dan c.
e) MESYUARAT/JAWATANKUASA i) Mesyuarat/Jawatankuasa hendaklah diadakan sekurang-kurangnya (dua) 2 bulan
sekali.ii) Lebih dari separuh Ahli Jawatankuasa adalah cukup bilangan bagi menjalankan mesyuarat Jawatankuasa. 5.2
MASA MESYUARAT AGONG DAERAH.a) Mesyuarat Agong hendaklah diadakan tidak lewat daripada 31hb bulan Julai
tiap-tiap tahun atau tarikh yang akan diputuskan oleh Ahli Majlis Tertinggi (AMT). b) Mesyuarat Perwakilan Daerah
diadakan tidak lewat daripada 31hb bulan Mei tiap-tiap tahun.c) Sekiranya terdapat sesuatu hal yang tidak dapat
dielakkan, maka mesyuarat-mesyuarat ini bolehlah ditunda kepada satu tarikh yang sesuai yang telah diputuskan oleh
Ahli Majlis Tertinggi (AMT).d) Notis mesyuarat-mesuarat ini hendaklah dikeluarkan sekurang-kurangnya tempoh 14 hari
sebelum diadakan 5.3 Mesyuarat Agong Daerah hendaklah dijalankan dengan undi angkat tangan kecuali kalau
diputuskan oleh perwakilan dengan cara undi sulit maka satu borang khas hendaklah digunakan untuk undian tersebut.
5.4 TUGAS DAN KUASA PERSIDANGAN/MESYUARAT: a) PERHIMPUNAN AGONG : i) Membentang Penyata
Tahunan dan Penyata Kewangan, yang disiapkan oleh Majlis Tertinggi. ii) Menentukan dasar-dasar PEKIDA MALAYSIA
untuk menjalankan rancangan dan kegiatannya. iii) Membentang dan membahaskan usul-usul yang dibawa oleh para
perwakilan yang telah dikemukakan 2 minggu terlebih dahulu. iv) Memilih ahli Majlis Tertinggi mengilkut bab 4.4. v)
Memilih Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap mengikut bab 5.6. vi) Melantik 2 orang Pemeriksa Kira-kira
mengikut bab 6.9 (a)vii) Mengusulkan kepada Majlis Tertinggi jika difikirkan perlu supaya meminda perlembagaan
mengikut perkembangan yang berlaku kepada umat Islam dari semasa ke semasa meninggikan syiar Islam dan taraf
kehidupan umat Islam. viii) Mengawasi pergerakan Majlis tertinggi yang dibentuk oleh Majlis Tertinggi. ix) Melantik
Pemeriksa Kira-kira yang bertauliah dan menentukan bayaran perkhidmatan jika difikir mustahak. b) MESYUARAT
AGONG DAERAH:i) Membentangkan Penyata Tahunan dan Penyata Kewangan yang disiapkan oleh Jawatankuasa
Daerah. ii) Memilih Jawatankusa Daerah mengikut bab 4.18. iii) Memilih Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi tetap
mengikut bab 5.6. iv) Melantik 2 orang Pemeriksa Kira-kira mengikut bab 6.9.v) Mengusulkan kepada Majlis Tertinggi
jika difikirkan perIu supaya meminda perlembagaan mengikut perkembangan yang berlaku kepada umat Islam dari masa
kesemasa untuk meninggikan syiar Islam dan taraf kehidupan umat Islam. 5.5 TUGAS MESYUARAT MAJLIS/
JAWATANKUASA: a) Membahas Menimbang dan mengesahkan catitan mesyuarat yang lalu. b) Membentang dan
mengesahkan Penyata Kewangan yang lalu. c) Membincang perkembangan PEKIDA MALAYSIA dari semasa ke
semasa. d) Membuat rancangan yang dirasakan baik untuk kemajuan PEKIDA MALAYSIA dari semasa ke semasa. e)
Lain-lain perkara yang dirasakan perlu untuk kebaikkan PEKIDA MALAYSIA dan lain-lainnya. 5.6 PENGERUSI TETAP/
TIMBALAN PENGERUSI TETAP: a) Dua orang ahli biasa dipilih didalam perhimpunan Agong dan mesyuarat Agong
Daerah. b) Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap akan menjalankan tugas secara berganti-ganti semasa
Perhimpunan Agong dan Mesyuarat Agong Daerah. c) Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap dipilih
mengikut Masa pemilihan Majlis Tertinggi dan Jawatankuasa Daerah. d) Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap
akan membuat keputusan apabila undi didapati sama dalam perhimpunan Agong dan Mesyuarat Perwakilan
Daerah. FASAL 6 6. KEWANGAN 6.1 Bayaran Masuk /Yuran: a) Bayaran masuk menjadi ahli sebanyak RM 10.00 b)
Yuran tahunan sebanyak RM 12.00 setahun. c) Yuran seumur hidup sebanyak RM 250.00 d) Yuran sukarela diberi oleh
ahli denganjumlah yang tidak terbatas. 6.2 Sumber-sumber Lain:a) Hasil-hasil lainnya dari kegiatan yang dilancarkan
oleh MajIis Tertinggi dan Jawatankuasa Negeri.b) Sebarang sumber kewangan yang akan dikutip atau penganjuran
untuk kutipan derma oleh semua pihak hendaklah mendapat . kelulusan Majlis Tertinggi. 6.3 Pembahagian/Peruntukan
Kewangan: a) Wang Pendaftaran Masuk dan lain-lain sumber.i) 30 % diserahkan kepada Daerah ii) 70 % diserahkan
kepada Pusat b) Wang Yuran Tahunan: i) 20 % diserahkan kepada Daerah. ii) 80 % diserahkan kepada Pusat. c)
Peruntukan Negeri:i) Bantuan dari pusat 100 % ii) Daya usaha Negeri adalah untuk Negeri. 6.4 Akaun Semasa: Majlis
Tertinggi Majlis Jawatankuasa Negeri dan Jawatankuasa Daerah hendaklah mengadakan kira-kira dan membuka Akaun
Semasa. 6.5 Akaun Cadangan Umum: Kira-kira kewangan yang dimasukkan kedalam akaun ini adalah: a) Semua derma,
wakaf, sedekah hadiah dan sebagainya. b) Semua wang yang telah diluluskan oleh Majlis Tertinggi. 6.6 Pengeluaran
Wang:a) Pengeluaran Wang yang lebih dari Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu (RM 10,000.00) hendaklah mendapat persetujuan dari Majlis Tertinggi. b) Pengerusi/ Ketua, Setiausaha atau Bendahari berhak mengeluarkan wang tidak lebih
daripada Ringgit Malaysia Seribu (RM1,000.00) untuk keperluan pertubuhan. 6.7 Wang Tunai :a) Bendahari Majlis
Tertinggi Negeri boleh menyimpan wang tunai sebanyak Ringgit Malaysia Seribu (RM: 1,000.00) b) Bendahari
Jawatankuasa Daerah boleh menyimpan wang tunai sebanyak Ringgit Malaysia Lima Ratus (RM500.00). c) Bendahari
Jawatankuasa Daerah boleh menyimpan wang tunai sebanyak Ringgit Malaysia Tiga Ratus Lima Puluh. (RM 350.00). 6.8
Bantuan Tambahan dan Bantuan Khas:Sebarang permintaan untuk mendapatkan bantuan tambahan dan bantuan khas
daripada semua peringkat (Majlis/Jawatankuasa) hendaklah dikemukakan kepada MajIis Tertinggi untuk diluluskan. 6.9
Pemeriksa Kira-Kira:a) Dua (2) orang ahli biasa akan dilantik didalam Perhimpunan Agong dan Mesyuarat Perwakilan
Daerah sebagai pemeriksa kira-kira.b) Pemeriksa Kira-kira bertugas menyemak dan mengesahkan Penyata Kewangan
Tahunan dan Kira-kira untuk Perhimpunan Agong dan Mesyuarat Perwakilan Daerah.c) Pemeriksa Kira-kira dilantik
mengikut jangka masa perlantikan Majlis Jawatankuasa. d) Satu Firma Audit yang bertauliah hendaklah dilantik jika
difikirkan perlu. FASAL 77. PEMEGANG AMANAH7.1 Tiga (3) orang Pemegang Amanah yang berumur lebih daripada
21 tahun hendaklah dilantik didalam mana-mana mesyuarat Agong Tahunanan, dan mereka akan berkhidmat selama
yang dikehendaki oleh Pertubuhan. kepada mereka diamanahkah semua harta tetap kepunyaan Pertubuhan dengan
menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust). 7.2 Pemegang amanah tidak boleh menj ual, menarik balik atau
menukarkan harta kepunyaan Pertubuhan dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh mana-mana
Mesyuarat Agong. 7.3 Seseorang Pemegang Amanah boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh Mesyuarat Agong oleh
sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada didalam Negeri atau kerana lain sebab yang menyebabkan ia
tidak boleh menjalankan tugasnya atau pekerjaannya tidak memuaskan.Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau
pembuangan bagi seorang Pemegang amanah, maka kekosongan itu bolehlah dilantik oleh Majlis Jawatankuasa. FASAL
8 8. UNDANG-UNDANG AM:8.1 Untuk menjayakan tujuan yang terdapat dalam bab 2 dalam Perlembagaan ini maka
seluruh ahli Majlis/Jawatankuasa semua peringkat diberi kuasa supaya aktif bergerak disegala bidang sesuai untuk
kebaikan dan faedah pertubuhan ini.8.2 PEKlDA boleh memiliki harta yang boleh dialeh (moveable) dan harta yang tidak
boleh dialeh (immoveable). 8.3 Peraturan Tambahan: Peraturan tambahan khasnya Peraturan Kebajikan Am dan lain-lain
di bentuk dari semasa ke semasa, jika dipandang perlu sebagai tambahan dari perlembagaan ini yang akan diluluskan
oleh Perhimpunan Agong. 8.4 Pindaan Perlembagaan:a) Pindaan Perlembagaan dilakukan oleh Perhimpunan Agong
Tahunan.Ahli-ahli boleh mengemukakan cadangan pindaan setelah diluluskan oleh Mesyuarat Daerah dan kemudiannya
dikemukakan semula dalam Perhimpunan Agong Tahunan melalui Mesyuarat Perwakilan Daerah.b) Permohonan
pindaan Perlembagaan ini hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa enam puluh (60) hari
daripada keputusan pindaan itu hendak dibuat.c) Pindaan Perlembagaan ini hanya dikuatkuasakan setelah diluluskan
oleh Pendaftar Pertubuhan. 8.5 Penafsiran Perlembagaan: Sekiranya berlaku salah pengertian tentang penafsiran dalam
beberapa perkara dalam Perlembagaan ini, maka keputusan Majlis Tertinggi adalah muktamat kecuali dirombak oleh
keputusan Perhirnpunan Agung. 8.6 Pembubaran PEKIDA MALAYSIA:a) Pembubaran PEKlDA MALAYSIA hanya boleh
dilakukan sekiranya perhimpunan Agong sebulat suara memutuskan bahawa ianya patut dibubarkan. b) Pembahagian
wang ringgit kepunyaan PEKIDA MALAYSIA setelah ditolak segala hutang piutang dan segala tanggungan akan
diputuskan oleh Perhimpunan c) Jika sekiranya ada tanggungan lagi, maka tertanggunglah kepada Ahli PEKIDA
MALAYSIA yang ada pada masa itu. 8.7 Singkatan-Singkatan:a) PA - Perhimpunan Agongb) MT - Majlis Tertinggic) MJN -
Majlis Jawatankuasa Negerid) MJMJN - Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Jawatankuasa Negerie) MAD - Mesyuarat
Agong Daerahf) JD - Jawatankuasa Daerahg) MP - Majlis Penasihath) MPA - Majlis Pemegang Amanah FASAL 9 9.
PERKARA-PERKARA AM9.1 Semua Ahli Majlis/Jawatankuasa pertubuhan ini dan lain-lain pegawai yang menjalankan
tugas dalam pcrtubuhan ini hendaklah warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. 9.2
Pertubuhan ini tidak boleh mengadakan apa-apa perhubungan atau pengabungan diluar Malaysia kecuali dengan
kebenaran bertulis YB Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri. 9.3 Tahun kewangan pertubuhan ini bermula pada
1hb.Januari,dan berakhir pada 31hb.Disember tiap-tiap tahun. 9.4 Ahli Majlis/Jawatankuasa berkuasa melantik Iain-Iain
ahli bagi memenuhi kekosongan didalam Majlis/Jawatankuasa tersebut dan beberapa Jawatankuasa kecil. 9.5
Seseorang pelajar Universiti atau Kolej tidak akan diterima menjadi ahli pertubuhan ini kecuali dibenarkan terlebih dahulu
secara bertulis oleh Naib Cansellor Universiti yang berkenaan.

Portal Rasmi Unit RND Pekida Malaysia

No comments: